Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek: Peluang menarik wakil keirin negara di Australia

berbasikal trek, keirin,

Ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri, mengenai perjuangan barisan skuad pecut negara dalam siri pertama Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Australia.

Nama yang menjadi tumpuan pastinya Datuk Azizulhasni Awang yang kembali ke pentas tertinggi UCI dalam acara kegemarannya iaitu keirin.

Advertisement

Peluang besar juga apabila pasukan gergasi seperti Belanda tidak menyertai saingan kali ini.

Dalam saingan pecut wanita pula, dua nama menjadi sandaran iaitu Nurul Izzah Izzati Asri dan pelumba muda, Nur Alyssa Mohd Farid.

Harnizam menyifatkan kemampuan Nurul Izzah mampu meletakkan diri sekurang-kurangnya dalam suku akhir untuk semua acara disertai, manakala berharap Nur Alyssa dapat membuat kejutan, sekali gus ambil pengalaman berharga dari kejohanan besar ini.

"Dengan keadaan trek yang panas dan esok hampir mencecah suhu 40 darjah celsius.

"Untuk kekalkan prestasi ini hingga ke final harap tiada masalah.

"(Apatah lagi) dengan ketiadaan wakil seperti Belanda, kami perlu gunakan kesempatan ini untuk kutip mata dan layak ke Kejohanan Dunia.

"(Namun,) kehadiran pelumba Jepun, New Zealand dan Jerman juga akan memberikan saingan sengit.

"Kedua-dua pelumba wanita negara ada peluang tapi mereka perlu berikan yang terbaik untuk menempatkan diri dalam 13 pelumba terbaik untuk pusingan pertama," katanya. 
 

Must Watch Video