Tahukah anda Bella Astilah juga atlet bola jaring?
Dalam perkongsian seorang pengguna Threads bernama Siti Faridah Ahmad Nawi, beliau telah memuat naik satu gambar sebuah pasukan bola jaring sekolah yang dibarisi anak didiknya pada tahun 2010.
Advertisement
Menariknya, salah seorang daripada ahli pasukan itu adalah sweetheart Malaysia iaitu Bella Astilah!
Menurut Threads, Siti Faridah merupakan seorang guru, dan menyatakan bahawa Bella sememangnya seorang yang cheeky dan happening ketika di bangku persekolahan.
Minatnya terhadap sukan, terutama sekali sukan intensiti tinggi seperti bola jaring membuktikan lagi betapa sesuainya Bella bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dua-dua mempunyai latar belakang yang aktif dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat!
Sekarang ni misteri…. Agak-agak Bella main posisi apa ya dulu?