Bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, selamat mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan.
Bekas pemain Selangor dan pernah berkelana ke kelab Jerman, SV Wehen, yang kini berumur 43 tahun itu memilih pemilik nama, Norhanasafiza Mat Adanan yang dikenalinya sejak menuntut di sekolah menengah yang sama di Shah Alam.
Advertisement
Hari bahagia mereka itu dikongsi oleh pelakon, Azah Aziz, menerusi hantaran di Instagram (IG) dan Instastory.