Skip to main content

Sukan

Bekas pemain hoki negara terus berbakti, cetus pentas lahirkan bintang masa hadapan

Hoki

Meskipun sudah tujuh tahun meninggalkan arena hoki kompetitif, semangat bekas pemain skuad hoki kebangsaan, Nabil Fiqri, untuk terus menyumbang kepada pembangunan sukan itu tidak pernah pudar.

Kali ini, bekas tonggak The Speedy Tigers itu tampil sebagai antara individu penting dalam penganjuran Kejohanan Hoki 5s Terbuka Kelab Hoki X Bukit Jalil (XBJ) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan misi menjadi platform terbaik dalam mengetengahkan bakat muda.

Kejohanan yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) itu berlangsung pada 20 hingga 21 Jun lalu di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi, dengan seramai 768 atlet muda daripada 96 pasukan terlibat membabitkan kategori lelaki dan perempuan bawah 10 serta bawah 12 tahun.

Penganjuran ini dilihat selari dengan usaha memperluaskan pembangunan hoki akar umbi, selain memberi peluang kepada pemain muda merasai pengalaman beraksi dalam format rasmi FIH Hockey5s yang lebih pantas, dinamik dan semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Dalam saingan bawah 12 tahun lelaki, STAR Hockey muncul juara selepas menewaskan Kraken Jr 2-1, manakala kategori perempuan menyaksikan ARHC Pink menundukkan United Girls 1-0 menerusi penentuan penalty shootout selepas kedua-dua pasukan terikat dalam masa sebenar.

Dengan penyertaan memberangsangkan serta sokongan padu pihak KHM, Nabil yang juga Pembantu Jurulatih Program Pembangunan Hoki Negara menyifatkan kejohanan itu berpotensi menjadi titik permulaan kepada lahirnya bintang-bintang baharu yang bakal menggalas cabaran Malaysia pada masa hadapan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video