Skip to main content

Bola Sepak

Bakat muda dari 'Thailand' lakar debut bersama skuad utama Bayern Munich

cardozo

Nama Myadon Cardozo kini sedang hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak di Asia Tenggara.

Perkara itu susulan pemain berusia 17 tahun itu membuat penampilan sulung bersama pasukan bimbingan Vincent Kompany dalam aksi Bundesliga berdepan Borussia Monchengladbach, Cardozo masuk dalam babak kedua selaku pemain gantian menggantikan pemain kebangsaan Colombia, Luis Diaz.

Advertisement

 

 

 

Meskipun dilahirkan di Brazil, Cardozo berhijrah ke Thailand seawal usia dua tahun.

Nama Maycon menjadi sebutan kerana beliau pernah beraksi untuk beberapa pasukan akademi di Thailand. Ini termasuk kelab Thai League 1, Ratchaburi.

Ini kerana bapanya, Douglas Rodrigues kerap beraksi dalam arena bola sepak negara itu. Selain Ratchaburi, bdiajuga pernah mewakili Navy FC, Saraburi FC, PTT Rayong dan Chainat Hornbill.

Dia pernah dihalang mewakili negara Thailand B-14 pada 2019 kerana tidak memiliki passport, undang-undang Thailand hanya membenarkan proses naturalisasi bagi individu yang mencapai usia 20 tahun

Dia merupakan bukti nyata kualiti sistem pembangunan bakat di Thailand kini mampu melahirkan pemain bertaraf dunia.

Must Watch Video