'Cari Lee Chong Wei!'
Berbeza dengan peserta lain dalam Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026 yang rata-rata ingin memburu slot kelayakan ke Akademi Badminton Malaysia, gandingan Eugene Seow- Liew Jian Xing hadir membawa hasrat berlainan.
Bagi dua pemain dari Rawang, Selangor itu, peluang bertemu secara peribadi dengan legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, menjadi keutamaan mereka.
Kesempatan itu tidak muncul selalu dan mereka semestinya tidak mahu ianya disia-siakan.
Berbicara mengenai sasaran, bukan tidak mementingkan prestasi di atas gelanggang, namun mereka tahu keupayaan masing-masing sekali gus hanya fokus untuk menghadapi setiap perlawanan satu demi satu.
"Kerana tahun depan usia saya sudah 18 tahun, tetapi ketegori ini hanya untuk 17 tahun. Jadi jika nak tunggu tahun depan tidak dapat sertai lagi.
"Jadi, saya sertai sahaja untuk dapat pengalaman, jadi tidak fikir banyak dan nikmati sahaja. Cari Lee Chong Wei!" katanya.