Skip to main content

Bola Sepak

B-19 ASEAN: Singapura medan skuad negara buru mata penuh

j

Hasil pemerhatian serta penilaian sepanjang tempoh sembilan hari latihan pusat sebelum ke Indonesia, Nafuzi Zain menyifatkan 23 pemain yang dipertaruhkan menunjukkan komitmen 100 peratus.

Situasi itu meningkatkan potensi mereka membuka kempen Kejohanan B-19 ASEAN di Medan, Indonesia, dari 1 hingga 13 Jun depan, itu dengan kemenangan sambil ketua jurulatih remaja kebangsaan tersebut menekankan keperluan buat anak buahnya memastikan kemenangan diraih dalam perlawanan pertama menentang Singapura, Selasa depan.

Permulaan yang baik mampu meningkatkan motivasi kesemua anak buahnya -- yang dibarisi pemain dalam lingkungan usia 18 dan 19 tahun yang menyaksikan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) IV, Arayyan Hakeem Norizam, muncul pemain paling muda pada umur 17 tahun --untuk terus tampil dengan aksi cemerlang memburu keputusan positif dalam setiap perlawanan.

Bagaimanapun, ia tidak boleh diambil mudah kerana Singapura juga dilihat memiliki skuad ampuh yang cukup bersedia untuk memberikan tentangan sengit.

Keputusan positif menjadi keutamaan, namun dia juga mahu melihat keupayaan kesemua pemain melaksanakan setiap taktikal permainan yang diterapkan.

"Yang penting kena menang perlawanan pertama untuk membuka peluang kami ke separuh akhir.

 

 

 

"Kami perlu menang dengan (tahap) persembahan yang saya inginkan.

"Bola sepak kena dibuktikan di atas padang dan mengikuti pelan permainan kami dengan tenang

"Tidak semua pemain kali ini pernah bermain di peringkat kebangsaan," katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Dalam kejohanan yang turut disertai Australia itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar sambil akan beraksi dua perlawanan awal di Stadium Teladan Utara dan bertemu Thailand di Stadium Madya 1.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video