"Program pembangunan bola sepak negara gagal"
Itu antara pandangan bekas penyerang negara, Azlan Johar, berhubung kegagalan serentak skuad muda negara untuk tiga kejohanan di peringkat bawah umur.
Advertisement
Terbaharu, skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Asia B-17 di Arab Saudi setelah tewas 0-4 kepada Vietnam dalam aksi terakhir kempen kelayakan.
Ia sekaligus menyaksikan skuad bimbingan Havier Horda Ribera terpaksa mengikut jejak pasukan 'abang' skuad B-19 dan B-23 yang turut gagal ke pentas Asia.
“Pembangunan bola sepak kita tidak ada kesinambungan yang berterusan” Azlan Johar on tiada wakil team Malaysia peringkat umur di kejohanan Asia susulan kegagalan serentak Malaysia ke Piala Asia B16, B20 dan B23. ❌@ASTROARENA pic.twitter.com/3hXvy8MSxv
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 2, 2025
"Ini menujukkan projek akar ini memang ternyata gagal kerana tiada jurulatih yang bermutu tinggi untuk membimbing pemain.
"Dalam projek pembanggunan, kita perlukan jangka masa yang lama untuk melahirkan satu hubungan baik antara jurulatih dan pemain.
"Bukankah manis jika pengiktirafan itu datang dengan keputusan yang mengalakkan, tetapi tidak. Saya sendiri tertanya-tanya pengiktirafan itu untuk apa, ia akan bermakna jika beri kebaikan buat pasukan." katanya.
Malah, malapetaka bola sepak malaysia juga akan berterusan ke skuad senior yang berdepan risiko pemotongan mata dalam kempen Kelayakan Piala Asia rentetan isu tujuh pemain warisan yang didakwa berhubung isu pemalsuan dokumen.