Skip to main content

Berbasikal

Azizulhasni Awang amal diet pemakanan lebih realistik

az

Permulaan cemerlang musim 2026 buat jaguh berbasikal trek dunia, Datuk Azizulhasni Awang, hasil daripada penyelidikan sains sukan melibatkan kondisi fizikal The Pocket Rocketman pasca detik hitam yang dilaluinya empat tahun lalu.

Umum mengetahui, Azizul disahkan menggalami radang jantung yang jarang ditemui — anomalous aortic origin of right coronary artery (AAORCA) — selepas insiden itu meninggalkan kesan mendalam dalam karier Azizul sehingga kini.

Advertisement

Selain terpaksa melalui rejim latihan yang berbeza daripada atlet berprestasi tinggi yang lain atas beberapa faktor lain juga antaranya faktor usia — namun, Azizul kekal tenang dalam mengatur langkahnya untuk kembali berada dikelompok pelumba elit dunia.

Fasa sukar yang dilalaui Azizul itu menguah perjalanan dan kelangsungan kariernya — segenap dimensi.

Disebalik lakaran sejarah terbaru Azizul di Australia ketika menjuarai keirin Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2026 di Perth, Australia — Siapa sangka, Azizul terpaksa mengharungi diet yang khusus demi memastikan berada di kemuncak prestasi.

"Saya rasa daripada aspek pemakanan ada pelarasan, pengambil kalori perlu ditingkatkan, lebihkan hidrasi.

"Saya perlu minum lebih banyak air, untuk pastikan saya kekal hidrasi.

"Jadual tahun ini memeng padat, intensiti saya tidak boleh kurangkan, kita teruskan latihan seperti biasa." tambahnya.
 

Must Watch Video