Skip to main content

Olahraga

Azeem Fahmi watak penting pecah kebuntuan 29 tahun, Umar Osman padam rekod 58 tahun

Azeem

Hujung minggu lalu menyaksikan dua pelumba olahraga negara mencipta sensasi tersendiri apabila meraih pingat emas dalam acara masing-masing, sekali gus mengukir sejarah hebat dalam karier.

Pelari pecut negara, Azeem Fahmi, memenangi pingat emas dalam acara 4x100 meter (m) bersama Universiti Auburn dengan catatan 38.07 saat (s) dalam satu kejohanan terbuka Southeastern Conference (SEC).

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kuartet Universiti Auburn itu meraih tempat pertama selepas kali terakhir pada 1997.  

Azeem selaku pelari pertama menjadi watak penting kemenangan Auburn sebelum diselesaikan oleh rakan seperjuangannya, Kanyinsola Ajayi, Austin Kresley dan Tyler Davis.

Dalam perkembangan lain, Umar Osman memperbaharui rekod kejohanan berusia 58 tahun dalam acara 400m Kejohanan Olahraga Terbuka Perak.

Ia, sekali gus menyaksikan Umar memenangi pingat emas dengan mengungguli sepantas 46.48s memadam rekod Asir Victor pada 1968.

 

 

Must Watch Video