Skip to main content

Olahraga

Azeem Fahmi catat 6.60s untuk raih tempat pertama!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azeem

Universiti Auburn memaklumkan Azeem Fahmi menduduki ranking pertama larian dalam dewan Kolej.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu mencipta sensasi apabila merekodkan catatan 6.60 saat (s) dalam acara 60 meter (m), sekali gus berada di tempat pertama menewaskan pencabar terdekat, Omari Lewis, (6.66s), awal pagi tadi.

Advertisement

Sebagai makluman, atlet berusia 21 tahun itu sedang beraksi dalam University of Alabama Birmingham (UAB) Blazer Invitational 2026 mewakili Auburn.

Untuk pengetahuan, pelari pecut negara itu menyamai rekod kebangsaannya sendiri selepas kali pertama melakukannya dalam kategori itu pada Februari tahun lalu.
 

Must Watch Video