Selepas kejayaan Dzul Danish Jamari muncul raja pecut acara 100 meter (m) dalam temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) kali ke-14 di Brunei Darussalam, kem olahraga terus menyala dengan menyumbang emas kedua daripada kuartet 4x100m lelaki.
Kuartet negara yang diketuai Dzul Danish berjaya muncul terpantas dalam saingan final di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah menerusi catatan 40.47 saat (s) untuk meraih pingat emas meninggalkan kuartet Indonesia dengan perak menerusi kelebihan 0.48 saat.
Advertisement
Melengkapkan kedudukan podium dengan gangsa ialah Thailand yang tamat dengan catatan 41.16 saat.
Sementara bagi kategori perempuan pula -- wakil negara sekadar tamat di kedudukan kelima dalam acara final 4x100m apabila akur emas menjadi milik Thailand dan Filipina juga Indonesia masing-masing tamat dengan perak dan gangsa.

Laju dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!