Skip to main content

Bola Sepak

Annuar Musa saksikan kehebatan Manchester City di depan mata

EPL

Presiden Kelantan The Real Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa, sempat meluangkan masa untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester City dan Chelsea, semalam.

Annuar Musa -- yang turut ditemani wakil pertahanan Cityzens, Abdukodir Khusanov -- di Stadium Etihad menyatakan menzahirkan terima kasih atas tiket yang diberikan pertahanan kelahiran Uzbekistan itu.

Advertisement

Annuar kelihatan memakai seragam dan mafla kelab gergasi Inggeris tersebut dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1 itu. 

Malah, selepas perlawanan, Khusanov yang hampir pasti tampil bermain dalam Piala Dunia 2026 bersama Uzbekistan sempat mengunjungi Annuar sekeluarga di penginapannya di England. 
 

Must Watch Video