Skip to main content

Bola Sepak

Amaran bahaya Harimau Malaya, Vietnam mudah 'sekolahkan' Bangladesh

VFF

Suntikan moral buat kem Vietnam apabila menundukkan Bangladesh dalam satu perlawanan persahabatan di Hanoi sebelum bertemu Harimau Malaya di tempat sendiri minggu hadapan.

Amaran awal buat skuad kendalian Peter Cklamovski apabila musuh tradisi itu mudah menewaskan Bangladesh 3-0 sebagai aksi pemanas badan.

Advertisement

Meskipun sudah mengesahkan tempat secara rasmi dalam Piala Asia 2027, namun pasukan bimbingan Kim Sang-sik tekad membalas dendam ke atas Malaysia susulan peristiwa 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tahun lalu.

Vietnam layak secara automatik selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menarik dua kemenangan Harimau Malaya, sekali gus menghadiahkan mata buat pasukan lawan.

Dengan momentum terbaik ini, Vietnam dijangka bermati-matian menewaskan skuad negara untuk menutup kempen Kelayakan Piala Asia dengan penuh cemerlang.

Walaupun ketiadaan tujuh pemain terbabit ekoran penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan isu pemalsuan dokumen, Cklamovski tetap menurunkan kesebelasan utama terkuat bagi meraih kemenangan di Nam Dinh minggu depan. 

Must Watch Video