Skip to main content

Berita Sukan Am

Allianz Malaysia pacu sukan negara dari akar umbi hingga aspek persaraan

ll
Advertisement

Rakan strategik dan penaja utama kontinjen para negara ke Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, Allianz Malaysia, bangga dengan pencapaian mereka bukan sahaja dalam menepati sasaran enam pingat emas malah dalam semangat juang luar biasa atlet istimewa kita.

Dalam perkongsian bersama hos Astro Arena, Akbar Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia, Sean Wang, berbicara mengenai punca utama yang mendorong komitmen berterusan Allianz untuk menjadi tulang belakang perjuangan semua atlet kebangsaan dalam memartabatkan sukan inklusif di Malaysia, menerusi inisiatif 'Move Forward'.

Advertisement

"Secara globalnya, Allianz Malaysia merupakan penaja -- rakan kerjasama insurans untuk Sukan Olimpik dan kontinjen para.

"Kesinambungan Allianz di Malaysia ini memang sudah ada seperti penajaan dengan MSN (Majlis Sukan Negara).

Advertisement

"Penglibatan kami dalam sukan ini merangkumi lapisan yang berlainan sebagaimana penganjuran AJBC (Allianz Junior Badminton Championship) yang merupakan penglibatan dari akar umbi, selebihnya atlet kebangsaan.

"Kami tidak melihat kepada sukan yang popular sahaja kerana misi kami adalah pembangunan sukan dan memberi sokongan yang bukan sahaja daripada segi kewangan.

"Sebagai syarikat insurans yang bertauliah, kami juga ingin tawarkan perlindungan buat atlet," katanya.

Biarpun Move Forward ditawarkan percuma, namun Sean masih menaruh harapan untuk melihat Allianz memperluaskan lagi bantuan dalam usaha mengangkat sukan di Malaysia.

"Program Move Forward dicipta khas untuk atlet apabila bersara, mungkin mencabar. Bukan sahaja daripada mental tetapi juga kewangan.

 


"Program ini merangkumi empat teras dan yang pertama merupakan celik kewangan.

"Atlet mencurahkan kebanyakan masa mereka dengan latihan dan dalam dunia sebenar (panduan) daripada segi pengurusan kewangan mungkin tidak cukup.

"Aspek kedua adalah karier; jika mereka berminat untuk berkecimpung dalam dunia pekerjaan maka kami akan bantu mereka daripada segi persediaan.

"Yang ketiga juga penting; kesihatan dan mental kerana apabila bertanding di atas gelanggang dan bersemuka dunia sebenar perkara berbeza.

"Keempat adalah bimbingan. Pelbagai lapisan di Allianz sedia berkongsi pengalaman dengan atlet," katanya lagi.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video