Skip to main content

Bola Sepak

Akibat aksi kung fu, karier bintang Piala Dunia Indonesia lesap 3 tahun

Fadly

Padah melakukan terjahan. Karier pelapis muda Indonesia diambang kejatuhan.

Bekas pemain Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) Indonesia, Fadly Alberto Henga, digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Ia, selepas melakukan aksi tendangan ala kung fu terhadap seorang pemain B-20 Dewa United dalam satu perlawanan Elite Pro Academy bulan lalu.

Beberapa insiden terajang dan tumbuk menumbuk berlaku melibatkan beberapa pemain lain.

Sekurang-kurangnya tiga pemain Bhayangkara terlibat, termasuk Ahmad Catur Praseyo Aji dan Aqilah Lissunnah Aljundi turut berbuat perkara sama melakukan terjahan keras.

Ia, jelas mencerminkan tahap kematangan pemain muda negara itu tidak mencapai standard profesionalisme dan merugikan pasukan. 
 

Must Watch Video