Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Mesir kekal underdog -- Salah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

MESIR 3 BENIN 1

Mohamed Salah menghidupkan peluang Mesir untuk memburu kejuaraan kelapan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas sentuhannya membawa skuad kendalian Hossam Hassan itu mengatasi Benin, 3-1, awal pagi tadi.

Advertisement

Begitupun, Mesir memerlukan masa tambahan untuk menakluk seteru mereka itu di 
Agadir, Mahgribi -- sebelum The Pharaohs yang kali terakhir menjulang trofi tersebut pada 2010 -- mengesahkan tempat ke suku akhir.

"Saya tidak terlintas langsung bahawa kami adalah pilihan (untuk memenangi gelaran ini)" katanya yang menyumbat gol ketiga Mesir.

"Kami mempunyai pemain muda dan kebanyakannya beraksi di Mesir. Kami hanya berjuang untuk negara tetapi semua orang memberikan yang terbaik dan anda boleh melihatnya hari ini.

"Semua pasukan agak seimbang, semalam saya telah berpesan kepada pasukan bahawa tiada pasukan yang tewas dengan empat atau lima gol.

"(Benin) mempunyai sebuah pasukan yang bagus dan jurulatih yang bagus. Saya gembira pada akhirnya kami berjaya menang."

Salah telah menyumbangkan 10 gol dalam 22 perlawanan dalam AFCON, dua gol kurang daripada Hassan El-Shazly, untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Mesir sepanjang zaman dalam kejohanan itu dan satu gol kurang daripada jurulatihnya sekarang, Hassan.

Mesir akan menentang juara bertahan, Ivory Coast, atau Burkina Faso dalam suku akhir di Agadir hujung minggu ini. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video