Skip to main content

Hoki

ACT 2026: Malaysia garang tundukkan Bangladesh

ACT 2026: Malaysia garang tundukkan Bangladesh
Advertisement

Malaysia menghidupkan kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 dengan kemenangan bergaya 6-1 ke atas Bangladesh dalam aksi pusingan liga ketiga di Punjab, India, hari ini.

Skuad negara mempamerkan ketajaman dalam serangan menerusi jaringan padang dan pukulan sudut penalti untuk memastikan kemenangan besar itu.

Advertisement

Azrai Aizad Abu Kamal menjadi watak penting apabila meledak dua gol pada minit ke-14 dan ke-22, masing-masing menerusi jaringan padang serta pukulan sudut penalti, untuk meletakkan Malaysia di landasan tepat.

Bangladesh bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Amirul Islam pada minit ke-26.

Advertisement

Namun, Malaysia kembali memperkemaskan permainan apabila Akhimullah Anuar Esook menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-29 sebelum Azimuddin Syakir Kamaruddin menambah gol keempat negara pada minit ke-32.

Shello Silverius kemudian melebarkan kelebihan Malaysia kepada 5-1 menerusi jaringan padang seminit selepas itu.

Nik Aiman Nik Rozemi melengkapkan pesta gol negara apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 untuk mengesahkan kemenangan 6-1.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menutup aksi ketiga pusingan liga dengan persembahan menyerang yang meyakinkan dalam kejohanan berprestij Asia berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video