Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Tidur kami terganggu -- jurulatih Sanfrecce Hiroshima dedah hotel penginapan diganggu bunga api

bartosch gaul

Ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul, berkata kad merah yang dilayangkan kepada Kim Ju-sung pada minit ke-26 menjadi punca mereka tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Iskandar Puteri malam tadi.

Pengendali berusia 39 tahun itu turut mendedahkan bahawa hotel penginapan pasukannya diganggu dengan letupan bunga api sehari sebelum perlawanan itu.

Advertisement

Ia mengakibatkan barisan pemainnya tidak cukup tidur sehingga menjejaskan latihan dan permainan mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, saya amat bangga dengan pasukan saya," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kami melalui perjalanan jauh, bermain dalam suhu tinggi, kami terpaksa membatalkan latihan terakhir kami semalam.

"Ia merupakan malam yang sukar gara-gara bunga api, saya tidak tahu sama ada ia dipasang semeter berhampiran hotel atau didalam hotel.

"Jadi, banyak situasi sukar dan sejujurnya, itulah kebenarannya."

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu bagi aksi timbal balik di Hiroshima pada Rabu depan.

 

Must Watch Video