Wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memulakan kempen musim baru Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan melayani kunjungan seteru Asia Tenggara, Buriram United, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa ini.
Pertembungan itu bukan sahaja akan menentukan pasukan mana akan mendapatkan tiga mata pertama, bahkan menjadi penentu pasukan mana yang layak digelar 'Raja ASEAN'
Sebagai rekod, JDT menamatkan edisi lalu di peringkat suku akhir selepas tersingkir di tangan pasukan juara, Al-Ahli.
Siaran langsung & live streaming JDT vs Buriram
Saksikan pertembungan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula jam 8.05 malam pada Selasa ini.
Anda juga bolon tonton secara live streaming di Astro Go dan Sooka.