Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16

Pemain terbaik perlawanan, Marcos Guilherme, ternyata teruja apabila jaringan tunggalnya pacu Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026.

Sentuhan pemain sayap kelahiran Brazil berusia 30 tahun memastikan JDT merakamkan kemenangan 1-0 ke atas kelab Liga J1, Vissel Kobe semalam.

Advertisement

Bagaimananpun, Guilherme enggan meletakkan dirinya sebagai wira sebaliknya menyifatkan kerjasama sepasukan sebagai kunci utama kejayaan Harimau Selatan.

Untuk rekod, jaringan pemain itu merupakan gol keempat peribadinya dalam empat perlawanan berturut-turut termasuk di kancah Piala Malaysia dan Liga Super.

"Saya sangat gembira dengan gol ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana apabila saya tiba, dia bercakap dengan saya dan mengubah posisi saya," kata Guilherme.

"Dalam perlawanan lain, saya bermain sebagai penyerang buat kali pertama dalam kerjaya saya. Hari ini saya bermain sebagai pemain sayap, yang merupakan peranan yang telah saya mainkan sepanjang kerjaya saya. Saya tahu pergerakannya, dan saya telah melakukan yang terbaik."
 

Must Watch Video