Selamat kembali Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang bakal memperkuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas setahun tidak beraksi akibat penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes pemalsuan dokumen.
Pengendali Harimau Selatan, xisco Munoz, menyifatkan kepulangan tiga pemain itu sebagai perkembangan positif yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pasukan bagi menghadapi aksi seterusnya.
“Kepulangan mereka adalah sesuatu yang positif. Namun, kami perlu menguruskan mereka dengan baik kerana sudah lama tidak beraksi”, Xisco Munoz on Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang boleh beraksi semula bulan depan. 🔙🔥 @ASTROARENA https://t.co/XCccsEAmF4
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 28, 2026
"Kepulangan mereka sesuatu yang positif, mereka kembali dan sekarang kami perlu menguruskan mereka setelah sudah lama mereka tidak beraksi, kami perlu libatkan mereka dalam perlawanan.
"Sekarang mereka merupakan perkara yang terbaik yang berlaku ketika ini, memberikan banyak solusi dalam aksi akan datang.
"Sangat penting cara kami menguruskan mereka setelah lama tidak beraksi, cuba elak kecederaan." katanya.