Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Ini pencapaian JDT sepanjang beraksi di pentas Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

JDT

Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah Elit (ACLE) 2025-26 dengan menewaskan kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Menyingkap perjalanan Harimau Selatan di peringkat Asia, mereka bermula dengan menjuara Piala AFC pada 2015, yang ketika itu merupakan kejohanan kedua tertinggi peringkat benua.

Advertisement

Pada 2016, mereka kandas dalam pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tetapi kemudian mara ke separuh akhir Piala AFC.

Setahun kemudian, JDT mara ke separuh akhir zon Asia Timur Piala AFC sebelum tersingkir di tangan kelab Filipina, Ceres Negros, tetapi selepas itu, mereka terkandas di peringkat kumpulan dalam edisi 2018.

Pada 2019, JDT mula bersaingan dalam ACL tetapi kandas di peringkat kumpulan sebelum pandemik COVID-19 memaksa mereka menarik diri pada 2020.

Pada 2021, JDT dihimpit dua gergasi Asia, Nagoya Grampus dan Pohang Steelers, sekali gus menyekat mereka melepasi saingan peringkat kumpulan.

Setahun kemudian, Harimau Selatan menyingkirkan dua gergasi Asia, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai dalam saingan Kumpulan I sebelum disingkirkan Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16.

Bagi ACL musim 2023-24, JDT sekali lagi diundi bersama Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai dalam Kumpulan I tetapi kali ini, mereka kekurangan satu mata untuk layak ke pusingan kalah mati.

Format baru yang diperkenalkan dalam ACLE musim 2024-25 menyaksikan JDT melepasi peringkat kumpulan dengan menduduki tangga keempat Zon Timur sebelum perjalanan mereka ditamatkan seteru ASEAN, Buriram United, dalam pusingan 16.

 

Must Watch Video