Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Aksi pusingan 16 Asia Barat sah diadakan di Jeddah, siapakah bakal menjadi lawan JDT?

sddd

Empat perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Asia Barat yang ditangguhkan gara-gara konflik di Timur Tengah akan dipindahkan ke Jeddah dan diadakan secara satu perlawanan sahaja pada bulan depan, menurut Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebentar tadi.

Beribu-ribu orang telah terkorban di seluruh Timur Tengah sejak Amerika Syarikat (AS) dan 1sra3l menyerang Iran pada 28 Februari lalu, sementara Iran melancarkan serangan balas terhadap 1sra3l serta pangkalan AS di negara-negara Teluk.

Advertisement

Pusingan 16 itu pada asalnya dijadualkan dilangsung di Qatar, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan dalam dua minggu pertama Mac ini.

Juara bertahan, Al-Ahli, sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Al-Duhail dari Qatar, manakala juara empat kali, Al-Hilal, akan berdepan Al-Sadd.

Shabab Al-Ahli dari UAE pula akan menentang kelab (Iran) Tractor FC serta Al-Wahda akan bertemu juara Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.

Perlawanan tersebut kini akan diadakan pada 13 dan 14 April depan sebagai perlawanan sepusingan untuk perebutan slot ke pusingan akhir.

Lantaran itu, Jeddah akan bertindak sebagai tuan rumah untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir dari 16 hingga 25 April.

Undian pusingan 16 ACLE bahagian Timur pula sudah pun selesai yang menyaksikan dua wakil Jepun, Vissel Kobe dan Machida Zelvia, ke suku akhir di samping Buriram United (Thailand) dan Johor Darul Ta'zim dari Malaysia.

Undian suku akhir akan dijalankan di Kuala Lumpur esok. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video