'Ini antara gol tercantik saya'
Itu antara perkongsian pemain sayap Kuching City, Safawi Rasid, selepas meledak dua gol ketika membantu Kuching City menewaskan Gangwon 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.
Disebalik jaringan itu, satu penantian turut berakhir apabila Kuching menjadi wakil negara pertama meraih kemenangan dalam saingan ACL2 selepas kali terakhir ketika Selangor menewaskan kelab Filipina, Cebu 4-0 pada 2024.
“Ini antara gol tercantik saya”, Safawi Rasid, 2 gol dalam masa 20 minit, Kuching City raih kemenangan pertama dalam ACL Two. Pawi is back! 🔥 @ASTROARENA https://t.co/RxWAjLTFtg
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 5, 2026
Kemenangan itu turut menyaksikan peluang buat The Cats mara ke pusingan kedua masih terbuka, dengan mereka dijadualkan akan berdepan wakil Hong Kong, Kitchee dalam aksi akan datang.
Untuk rekod, dalam kempen 2025/26 menyaksikan Selangor tidak meraih sebarang kemenangan sekali gus menamatkan cabaran peringkat kumpulan di kedudukan tercorot.