Perseorangan lelaki Emiriah Arab Bersatu (UAE), Riyan Malhan, mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas pertama dalam sejarah negara itu di temasya Sukan Olimpik Remaja di Dakar, awal pagi tadi.
Pemain berusia 16 tahun itu mampamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan lawan dari Perancis, Mady Sow, dalam pentas akhir menerusi aksi straight set, 21-17,21-18, sekali gus menyumbangkan emas pertama buat UAE dalam sukan badminton.
Dalam saingan peringkat kumpulan, Riyan turut menewaskan wakil Sweden, Greece, Malaysia -Lucas Lee-, Thailand dan separuh akhir menentang China.
When history meets sporting spirit. 🤝✨ Riyan Malhan makes history as he wins the men's badminton singles final, securing the UAE's first-ever gold medal at a Youth Olympic Games. 👏✨ He immediately goes to hug his opponent in a beautiful act of respect and fair play. #Olympics #YouthOlympics #Dakar2026
— The Olympic Games™ (@Olympics) November 5, 2026
"Kemenangan di Kejohanan Asia dan Sukan Olimpik Remaja adalah dua momen yang saya akan ingat selama-lamanya.
"Saya bangga dapat buat UAE bangga, saya mahu terus belajar, kerja keras pada masa akan datang." katanya.