Selangor dalam misi menjadi juara Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini, sekali gus mara ke separuh akhir dalam penampilan sulung pertandingan serantau itu.
Gergasi Merah akan bertemu wakil Thailand, BG Pathum, bagi perlawanan seterusnya di tempat sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Dijangka aksi sengit akan berlaku memandangkan kedua-dua pasukan memiliki prestasi mengagumkan dalam liga domestik setakat ini.
Mampukah Selangor mencatatkan satu lagi keputusan positif, atau BG Pathum akan memberi kekalahan pertama buat Kim Pan-gon?
