Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuka kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee dengan berdepan kelab Kemboja, PKR Svay Rieng, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.
Harimau Selatan yang memperkenalkan polisi baharu menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Luis Garcia, menyaksikan JDT bakal menurunkan pemain-pemain muda dalam kejohanan bertaraf Asia Tenggara (ASEAN) ini bagi pendedahan terbaik.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu. Malah pertemuan terakhir menyaksikan skuad kendalian Xisco Munoz berjaya mengikat PKR 2-2 pada tahun lalu.
ACC SHOPEE CUP: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) JDT VS PKR SVAY RIENG