Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, tidak kisah dilabel sebagai 'wira' (super-sub) asalkan dapat membantu pasukan meraih kemenangan menjelang pertemubang Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee menentang Shan United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok
Sebagai pemain gantian atau tidak walaupun calon pemain naturalisasi negara itu layak berada dalam kesebelasan utama berdasarkan prestasinya dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Advertisement
"Sudah tentu. Saya tahu di mana saya berada. Ini adalah JDT.
"Saya berusia 26 tahun dan perlu kekal tenang.
"Saya akan menampilkan kualiti terbaik dalam setiap peluang yang diterima tidak kira dalam kesebelasan utama atau tidak.
"Saya bersaingan dengan pemain-pemain yang hebat," katanya di Nadi Arena.
Untuk rekod, bekas tonggak Sri Pahang itu yang kembali ke pangkuan Harimau Selatan selepas tempoh pinjaman bersama Kuala Lumpur (KL) City tamat awal, dia berjaya mencatatkan tiga gol dan lima bantuan jaringan bersama skuad kendalian Xisco Munoz.