PKR 2 JDT 2
Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir menyempurnakan kebangkitan luar biasa ketika mengikat PKR Svay Rieng FC 2-2 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, sebentar tadi.
Advertisement
Harimau Selatan mencetuskan kerancakkan hingga wisel penamat selepas Shane Lowry dan La'Vere Corbin-Ong dalam masa kecederaan ketika berkunjung ke Kemboja untuk perlawanan Kumpulan B Piala Shopee, Kelab ASEAN (ACC) itu.
Pada awalnya, anak buah Xisco Munoz tersebut tersentak apabila ketinggalan 0-2 dalam separuh pertama selepas dihukum penyudah Cristian Roque pada minit ke-30 dan Nhean Sosidan minit ke-38.
Begitupun, penjaga gol Svay Rieng, Vireak Dara, turut bertindak cemerlang apabila menafikan beberapa asakan berbahaya JDT.
Keputusan seri 2-2 ini menyaksikan JDT kekal di tangga kumpulan.
