Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Gol tunggal Willian Lira bantu Selangor ikat Cebu di Manila

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor

Selangor membawa pulang satu mata dari Stadium Memorial Rizal selepas mengikat Dynamic Herb Cebu 1-1 dalam perlawanan ketiga Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup sebentar tadi.

30 minit awal permainan menyaksikan skuad Gergasi Merah lebih dominan mengawal permainan dengan serangan yang berbahaya. Namun, tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sehingga tamat babak pertama.

Advertisement

Anak buah Glenn Ramos kembali memperkemaskan corak permainan dalam babak kedua, dan akhirnya tandukan Abou Sy meletakkan pasukan tuan rumah mendahului terlebih dahulu pada minit ke-47.

 

 

 

Begitupun, Selangor kembali menyamakan kedudukan apabila tampanan Willian Lira hasil daripada rembatan deras daripada Picha Autra untuk kedudukan terikat 1-1.

Percaturan Christophe Gamel membawa masuk tonggak baru seperti Quentin Cheng, Faisal Halim dan Chrigor Moraes dalam babak kedua berjaya mengucar-kacirkan pertahan pasukan lawan.

Namun, perlawanan terikat 1-1 hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata di Manila.

Must Watch Video