Skip to main content

Berbasikal

ACC: China, Jepun halangan utama skuad pecut kebangsaan

berbasikal trek

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, Muhammad Fadhil Mohamad Zonis, memasang impian untuk membantu skuad negara meraih podium dalam kategori pecut berpasukan elit tahun ini.

Sedar tugas di Tagaytay, Filipina, bukan mudah -- Fadhil tetap menaruh kepercayaan penuh kepada kemampuan pasukannya yang turut dibarisi dua pelumba lain iaitu Muhammad Ridwan Sahrom serta Mohd Akmal Nazimi.

Advertisement

Untuk rekod, trio pecut berpasukan lelaki negara meraih gangsa dalam ACC 2025 di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan.

"Kami akan cuba merebut pingat sama tahun lalu.

"Kami perlu tengok keadaan semasa kerana berdasarkan sesi percubaan trek di sini, ia agak laju.

"Catatan masa kami positif dan kami akan cuba berjuang merebut medal esok.

"Pelumba China dan Jepun agak laju tapi kami tidak memikirkan sangat soal mereka.

"Kami tidak tertekan dan akan fikirkan yang terbaik untuk pasukan," katanya di Nadi Arena.

Pemilik emas ACC 2023 itu turut berharap pengorbanannya tidak beraya bersama keluarga tahun ini dapat membuahkan hasil lumayan.

"Tahun lalu tiada kejohanan ketika Hari Raya.

"Saya agak sedih kerana tidak berkesempatan meraikan Hari Raya bersama isteri dan anak untuk kali ini," katanya.

 

Must Watch Video