Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Dato’ Ab Ghani Hassan, mengumumkan pelantikan barisan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi 11 Jawatankuasa Tetap FAM untuk baki penggal 2025-2029.
Pelantikan itu diumumkan pada mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Ia merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Ab Ghani selepas beliau dipilih sebagai Presiden FAM dalam Kongres Luar Biasa (EGM) FAM Kedua 2026 di Hilton Petaling Jaya pada 17 September lalu.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri kesemua sembilan lagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipilih pada sesi pemilihan tersebut.
Dalam mesyuarat itu, Ab Ghani turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM, manakala Dato’ Haji Ismail Karim meneruskan tugas sebagai Bendahari FAM.
Bagi Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Ab Ghani sendiri dilantik sebagai pengerusi dengan Datuk Saaran Nadarajah sebagai timbalan pengerusi.
Ab Ghani turut menerajui Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan dengan Datuk Seri Hj Rosmadi Ismail dilantik sebagai timbalan pengerusi.
Sementara itu, Dato’ Suraya Yaacob dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan FAM dan Datuk Haji Kamarudin Hassan sebagai timbalan pengerusi.
Datuk Saaran Nadarajah pula mengetuai Jawatankuasa Undang-Undang dengan Datuk TPR. Alijus @ Mohd Ali Sipil sebagai timbalan pengerusi.
Bagi aspek pengadilan, Encik R. Muniandy Rethiah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengadil, manakala Tuan Haji Mat Lazim Awang Hamat sebagai timbalan pengerusi.
Jawatan pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan pula disandang Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin, dengan Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff sebagai timbalan pengerusi.
Mohd Azizudin turut dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Status Pemain, manakala Datuk Haji Kamarudin Hassan sebagai timbalan pengerusi.
Bagi Jawatankuasa Media dan Pemasaran, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan dilantik sebagai pengerusi, dengan Datuk TPR. Alijus @ Mohd Ali Sipil sebagai timbalan pengerusi.
Jawatan pengerusi Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan pula diberikan kepada Dato’ Sri Mohd Yusri Haji Hassan Basri, manakala Datuk Mohd Rozi Jidin sebagai timbalan pengerusi.
Dalam masa sama, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Integriti dengan Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai timbalan pengerusi.
Jawatan pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan pula disandang Datuk Seri Hj Rosmadi Ismail, manakala Dato’ Zainal Abidin Hassan dilantik sebagai timbalan pengerusi.
Berikut senarai penuh barisan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Tetap FAM bagi baki penggal 2025-2029:
1. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Dato’ Ab Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Saaran Nadarajah
2. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan
Pengerusi: Dato’ Ab Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Seri Hj Rosmadi Ismail
3. Jawatankuasa Penganjur Pertandingan FAM
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Datuk Haji Kamarudin Hassan
4. Jawatankuasa Undang-Undang
Pengerusi: Datuk Saaran Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Datuk TPR. Alijus @ Mohd Ali Sipil
5. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: R. Muniandy Rethiah
Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mat Lazim Awang Hamat
6. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
7. Jawatankuasa Status Pemain
Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
Timbalan Pengerusi: Datuk Haji Kamarudin Hassan
8. Jawatankuasa Media dan Pemasaran
Pengerusi: Datuk Syed Mahadi Syed Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk TPR. Alijus @ Mohd Ali Sipil
9. Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan
Pengerusi: Dato’ Sri Mohd Yusri Haji Hassan Basri
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Rozi Jidin
10. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ayob Khan Mydin Pitchay
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain
11. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Datuk Seri Hj Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan
Mengikut Artikel 47 Perkara 2 dalam Statut FAM, terdapat ketetapan khusus bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan, Jawatankuasa Integriti serta Jawatankuasa Pengadil tidak boleh terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.
Pelantikan barisan baharu itu melengkapkan struktur Jawatankuasa Tetap FAM bagi meneruskan pentadbiran badan induk bola sepak negara untuk baki penggal 2025-2029.