Skip to main content

Permotoran

56 pelumba pacuan empat roda buru kejuaraan Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026

4x4
Advertisement

KUALA NERUS: Sebanyak 56 pelumba dari hampir seluruh negara bakal berentap bagi merebut kejuaraan Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026 yang memasuki edisi keenam, bermula hari ini di Bandar Baru Kuala Nerus.

Saingan selama dua hari itu dijangka lebih mencabar apabila penganjur memperbanyakkan halangan muka bumi berbanding edisi terdahulu, sekali gus menguji kemahiran dan ketahanan setiap jentera pelumba untuk menamatkan perlumbaan dalam tempoh masa ditetapkan.

Advertisement

Pengarah Pertandingan Terengganu Merdeka 4x4 Challenge, Muhammad Muzammil Mokhetar, berkata format perlumbaan masih mengekalkan lapan SS (perlumbaan) bagi keseluruhan dua hari pertandingan seperti edisi lalu.

"Masih mengekalkan 8 SS (perlumbaan) keseluruhan untuk dua hari perlumbaan seperti edisi lalu cuma untuk edisi kali ini kami memperbanyakkan lagi halangan-halangan yang perlu ditempuhi oleh setiap pelumba.

Advertisement

"Begitu juga jumlah kategori yang dipertandingkan masih sama bagi memberi ruang dan peluang untuk lebih ramai beraksi khususnya bagi mereka yang baru mula menceburi sukan lasak ini," katanya.

Beliau berkata, hanya pelumba dari Melaka dan Johor tidak dapat menyertai pertandingan kali ini atas sebab-sebab teknikal.

Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026 yang berlangsung sehingga esok mempertandingkan tiga kategori iaitu Super Novice Litecore, Short Wheel Base (SWS) dan Long Wheel Base (LWS).

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video