Skip to main content

Bola Sepak

33 penyokong Selangor direman, 21 positif dadah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

33 penyokong Selangor direman, 21 positif dadah

Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman membantu siasatan berhubung insiden di Jambatan Angkat pada Ahad.

Kesemua suspek ditahan selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam ketika waktu puncak di sepanjang laluan Jambatan Angkat Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan antara 400 penyokong yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu malam Ahad bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.

Menurutnya, sidang media berhubung perkembangan lanjut kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin pada jam 2.30 petang.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan salah sebuah media tempatan, dipercayai 21 penyokong yang ditahan positif dan dua daripadanya memiliki dadah jenis ganja.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan tersebut.

Kejadian itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Nerus pada hari sama.-Sinar

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video