Sebanyak 24 perlawanan pusingan pertama Copa del Rey yang sepatutnya berlangsung pada Rabu telah ditangguhkan.
Keputusan itu dibuat Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) sebagai tanda penghormatan kepada nahas kereta api yang meragut sekurang-kurangnya 30 orang, manakala 80 orang lagi dilaporkan mengalami kecederaan ketika ia berlaku di wilayah Toledo pada Rabu.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca perlanggaran antara dua kereta api berkelajuan tinggi—satu dikendalikan oleh pengendali nasional Sepanyol, Renfe, dan satu lagi oleh syarikat swasta, Iryo, berhampiran stesen Urda, di laluan antara Madrid dan Sevilla.
Pusingan pertama Copa del Rey bermula pada Selasa dengan 18 perlawanan berlangsung, manakala 24 perlawanan lagi dijadualkan pada Rabu, dan baki 14 perlawanan pada Khamis.
Bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang pengesahan sama ada perlawanan pada Khamis akan berlangsung seperti yang dirancang atau turut ditangguhkan.