Skip to main content

Bola Sepak

2026 satu piala untuk Harimau Malaya

HM

Satu mesyuarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam mengesahkan penganjuran Piala Asia Tenggara (ASEAN) FIFA akan berlangsung sekitar September dan Oktober tahun ini. 

Ia, selepas presidennya, Gianni Infantino, memperkenalkan kejohanan itu sewaktu kunjungannya ke Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru antara FIFA dan ASEAN yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Pengerusi ASEAN tahun lalu. 

Advertisement

Sudah pasti, perlawanan tersebut akan berlangsung di bawah kalendar FIFA yang menyaksikan 11 negara serantau akan menurunkan pasukan terkuat merebut kejuaraan sulung, selain berpotensi memperbaiki ranking dunia. 

Namun, format kejohanan belum lagi ditentukan. 

 

Tidak dilupakan, pertengahan 2026 ini juga akan menampilkan kejohanan dwitahunan iaitu Piala AFF atau sekarang dikenali sebagai Piala Hyundai ASEAN. 

Dua pertandingan besar dalam masa satu tahun. Sambutan pasti menggalakkan terutamanya peminat bola sepak tanah air. 

Adakah kita akan menyaksikan Harimau Malaya bakal merangkul kejuaraan tahun ini? Masa yang sesuai berikutan skuad kebangsaan memiliki pilihan pemain tempatan yang berbakat boleh membantu meraih pencapaian cemerlang. 

Satu piala sangat optimis bagi mengubati kekecewaan dan meredakan tekanan yang berlaku sejak September lalu melibatkan pemalsuan dokumen tujuh pemain sehingga digantung 12 bulan daripada perlawanan rasmi. 

Pasukan bimbingan Peter Cklamovski berpeluang menambah koleksi trofi selain Piala AFF 2010 dan Pestabola Merdeka. 

Must Watch Video