Skip to main content

Bola Jaring

12 bakat muda bola jaring bakal dihantar ke Australia menerusi kem NNDP

s

Seramai 18 pemain bola jaring bawah 17 tahun terbaik negara kini mengikuti Kem Latihan Fasa 1 Program Pembangunan Bola Jaring Negara (NNDP) di Stadium Juara, Bukit Kiara. Program pembangunan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) itu bertujuan melahirkan pelapis berkualiti untuk memperkukuh masa depan bola jaring negara.

Kesemua pemain dipilih oleh Panel Pakar NNDP berdasarkan prestasi mereka dalam Kejohanan Bola Jaring NNDP Bawah 17 Tahun yang berlangsung pada 21 hingga 24 Mei lalu. Kem latihan yang berlangsung dari 10 hingga 18 Julai itu turut dikendalikan oleh dua jurulatih.

 

 

 

Kem ini bukan sekadar platform pembangunan, malah menjadi medan pemilihan 12 pemain terbaik yang bakal julung kalinya dihantar untuk mewakili negara ke Combined Australian Netball Association Carnival di Adelaide, Australia, dari 28 September hingga 6 Oktober.

Menerusi program pembangunan yang lebih tersusun, NNDP terus menjadi platform penting dalam mengenal pasti serta membentuk bakat muda dari peringkat akar umbi sebelum mereka diserap ke skuad kebangsaan pada masa hadapan.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video