Skip to main content

Tenis

Zverev tersingkir daripada Terbuka Shenzhen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

30917alexander-zverev.jpg
Alexander Zverev tersingkir daripada Terbuka Shenzhen pada peringkat suku akhir semalam selepas tewas kepada Damir Dzumhur menerusi keputusan straight-set.

Pemain nombor empat dunia, Zverev, hampir memerlukan tiga jam untuk mengetepikan Steve Darcis kelmarin dan sekali lagi gagal menemui sentuhan terbaik ketika Dzumhur mempamerkan aksi memberangsangkan untuk meraih kemenangan 6-4, 7-5.

Dzumhur, yang menjadi pemain pertama mewakili Bosnia-Herzegovina untuk menjuarai Jejalah Dunia ATP di St Petersburg minggu lalu, kini telah menang 16 kali dalam 19 perlawanan terakhirnya.

Seterusnya, dalam separuh akhir, dia akan berdepan Alexandr Dolgopolov, yang menerima langkah kanan selepas Dudi Sela menarik diri dalam set ketiga selepas mengalami kecederaan lengan.
 

Advertisement

Must Watch Video