Skip to main content

Sukan Lain

Ziyad tekad capai tahap terbaik

ziyad.jpg
Atlet lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, menanamkan tekad mencapai tahap terbaiknya bagi mencipta rekod baru dalam Sukan Paralimpik Dunia dan Sukan SEA Filipina 2019.

Kali terakhir Ziyad mencipta rekod dunia ialah dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 London menerusi acara lontar peluru lelaki F20.

Namun baginya, dia tidak mampu menggapai impiannya tanpa tunjuk ajar jurulatihnya, Faizol Harun, serta sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) selama sembilan tahun dia mengerah kudrat buat negara.

Bagaimanapun, Ziyad masih belum puas dengan kejayaan yang dikecapi setakat ini dan dahagakan kejayaan.

Selain itu, dia juga memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Rio dengan catatan16.84 meter.

"Saya meletakkan sasaran untuk memperbaiki lagi mutu lontaran dalam setiap kejohanan yang disertai," katanya.

Sementara itu, Faizol sedang merangka perancangan latihan untuk Ziyad di Jerman tahun ini.

"Saya meminta perancangan yang telah ditetapkan dapat diluluskan oleh pihak MSN," kata Faizol.
 

Advertisement

Must Watch Video