Teka-teki status rumah tangga Nur Fazura Binti Sharifuddin dengan Fattah Amin 'terjawab' selepas aktres terkenal tanah air itu dilapor memfailkan perceraian terhadap suaminya, hari ini.
Sumber memaklumkan perceraian pasangan selebriti itu, yang telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, difailkan wakil peguam Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.
Fazura memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen, "It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you", kata-kata yang dipetik menerusi penyair abad ke-13, Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī, atau lebih dikenali sebagai Rumi.
Laman sosial milik pelakon itu mendapati para pengikut laman Instagramnya meninggalkan kata-kata semangat buat pelakon filem Gol & Gincu itu.
Bagaimanapun, Fattah yang juga pelakon filem Mat Kilau tampil menafikan rumah tangganya berdepan dengan masalah seperti yang digembar-gemburkan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.