Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB: Program persaraan atlet terus diperkasakan -- Adam Adli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-adli.jpg
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, menyatakan bahawa bantuan yang disalurkan kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, G Saravanan, yang menderita penyakit 'motor neurone disease' (MND).

Insan berjasa buat negara itu bakal diberikan secara berterusan dan bukannya sekadar sekali beri sahaja. 

Justeru, bantuan itu akan terus disalurkan di bawah inisiatif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, (YAKEB) memandangkan penyakit yang dialaminya merupakan penyakit yang jarang-jarang berlaku.

"Terdapat dua bantuan. Satu daripada perdana menteri yang berbentuk sekali beri. 

"Yang kedua ialah bantuan berskala daripada YAKEB. Kami akan sentiasa memastikan keperluannya sentiasa dipenuhi," katanya yang ditemui ketika melancarkan Majlis Play True Day 2025: Kementerian Belia dan Sukan Peneraju Sukan Bersih dan Berintergriti di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini. 

Adam turut menegaskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus komited membela kebajikan bekas atlet yang ditimpa kesukaran hidup.




Usaha itu bertujuan untuk memberi ruang kepada mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik dan bermakna.

"(Atlet) kena ada pelan sokongan yang betul, bukan hanya difikirkan ketika nak bersara.

"Kami berikan pilihan agar mereka turut mendapat pendidikan, selari dengan latihan. 

"Kami adakan banyak kerjasama dengan kolej dan universiti agar (atlet) ada pilihan karier selepas terlibat dalam sukan," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video