Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB hulur bantuan bekas atlet di Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb-melaka.jpg
Skuad YAKEB Prihatin terus giat dalam menyalurkan bantuan dan hari ini bekas atlet Melaka mendapat perhatian daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu dalam kunjungan yang turut diketuai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Pengerusi YAKEB; Datuk Ahmad Shapawi Ismail. 

Lawatan itu juga dihadiri oleh beberapa orang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang terdiri daripada Datuk Santokh Singh, Reduan Abdullah, Kamarulzaman Yusoff, Wong Kow Fu, V. Kalimuthu dan Ramli Junit.

Balu kepada bekas pemain bola sepak negara, mendiang Robert Choe, iaitu Cho Yoon Chhing menerima sumbangan khairat kematian. 

Dalam masa sama, bekas atlet bina badan, Samsul Mat Juah, yang mengalami masalah buah pinggang kronik, bekas atlet silat negara, Wardi Salim, (pembedahan jantung) dan bekas atlet tinju, Nekmat Jantan, termasuk atlet olahraga, Rengan Pakeri, turut diberi bantuan akibat masalah jantung selain diabetis.

"YAKEB banyak membantu saya. 

"Dua kali saya buang batu karang ditanggung YAKEB," jelas Samsul. 

Selain bantuan daripada segi kewangan dan perubatan, sokongan moral juga dibekalkan kepada bekas-bekas atlet. 

"Saya berharap bantuan-bantuan ini dapat menaikkan semangat bekas atlet kita. 

"Mereka ini sentiasa disantuni dan diingati.

"Badan seperti YAKEB menjadi satu platform yang memudahkan Kementerian Belia dan Sukan dapat berinteraksi dengan bekas atlet. 

"Hampir setiap minggu YAKEB akan sentiasa kemas kini dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai urusan kebajikan bekas atlet untuk tindakan segera," kata Adam Adli.  

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video