Skip to main content

Gusti

WWE lepaskan Jeff Hardy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jeff-hardy.jpg

Bintang veteran Jeff Hardy dilapor telah dilepaskan daripada kontraknya oleh pihak WWE hari ini berikutan masalah disiplin dan kondisinya yang kurang stabil sejak beberapa minggu lalu.

Bintang berusia 44 tahun telah bertindak meninggalkan perlawanan lebih awal ketika terlibat dalam satu perlawanan di acara Live Event yang berlangsung di Edinburg, Texas pada Ahad lepas. Dalam perlawanan beregu bersama Drew McIntyre dan King Wood menentang pasukan The Bloodline itu, Jeff dilaporkan dalam keadaan yang mencurigakan dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang.

Advertisement

Selepas berjaya melakukan tag kepada rakan regunya Drew McIntyre, Jeff secara tiba-tiba keluar melalui celah-celah penonton dan tidak kembali selepas itu.

Susulan insiden tersebut, pihak WWE telah menghantar Hardy pulang lebih awal dan cuba menyiasat apa yang berlaku. Dikatakan bekas Juara WWE itu masih dibelenggu dengan masalah ketagihan dan pihak WWE cuba membantunya dengan berusaha memasukkan Jeff kembali ke program pemulihan.

Malangnya Jeff dikatakan enggan untuk menyertai program pemulihan tersebut, membuatkan pihak WWE tidak mempunyai pilihan selain melepaskan bintang dengan jolokan The Charismatic Enigma itu daripada kontraknya.

Ketika tahun 2009 sewaktu di puncak kegemilangan selaku Juara Heavyweight Dunia, Jeff juga telah dilepaskan kerana masalah ketagihan dadah dan alkohol dan hanya diterima kembali ke WWE pada tahun 2017.

Mengulas tentang pelepasan Jeff daripada WWE itu, isteri Jeff, Beth Hardy melalui ciapan di Twitter menyatakan yang Jeff kini berada dalam keadaan yang baik dan tiada apa perlu dirisaukan.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Must Watch Video