SUKAN LAIN
WSBK: Adam, Hafizh pamer peningkatan
Pelumba motosikal negara, Adam Norrodin dan Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan peningkatan memberangsangkan selepas berjaya meraih mata di pusingan kedua Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).
Adam yang beraksi untuk pasukan PETRONAS MIE Racing Honda berjaya menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-15 sebelum terus cemerlang memperbaiki kedudukan di perlumbaan kedua untuk menaiki dua anak tangga.
"Pusingan kedua kami berjaya mengutip mata dalam dua perlumbaan. Sememangnya, kami akan cuba memperbaiki persembahan dalam perlumbaan akan datang di Eropah. Terima kasih yang memberikan sokongan kepada saya," kata Adam.
Iklan
Manakala buat Hafizh pula dia berjaya meraih satu mata penting apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 selepas aksi di pusingan pertama berakhir hampa buatnya.
Secara keseluruhan, Hafizh kini mengisi kedudukan ke-19 perlumbaan WSBK dengan dua mata, sementara Adam di tangga ke-17 WSSP dengan sembilan mata.
"Saya sangat bersyukur kerana memperoleh mata dalam perlumbaan ini. Saya berharap untuk meneruskannya dan meningkatkan lagi kemampuan jentera," kata Hafizh.
Hafizh Syahrin gets his Mandalika weekend underway ?#IDNWorldSBK ?? pic.twitter.com/Ijg0CrZQ9z— WorldSBK (@WorldSBK) March 3, 2023
Must-Watch Video