Perenang negara, Welson Sim, berharap jurulatih baru yang bakal dilantik mampu menjadi tulang belakang dalam memastikan misinya untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tercapai.
Welson akur dan percaya dengan percaturan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dalam melantik jurulatih terbaik bagi menggantikan bekas pengendali negara, Paul Birmingham.
Sebelum ini, Birmingham membantu perenang berusia 22 tahun itu meraih dua slot ke temasya Olimpik Rio 2016 dalam acara 200 meter dan 400m gaya bebas.
Justeru, tidak kira siapa pun yang akan dilantik, Welson mengharapkan jurulatih berkenaan mampu memastikan sejarah tiga tahun lalu berulang untuknya layak ke edisi di Tokyo.
Setakat ini, jurulatih kelahiran Poland, Bart Kizierowski, dan Chris Martin dari Amerika Syarikat merupakan calon yang menjadi pilihan untuk mengemudi skuad renang negara.
"Sukan SEA 2019 semakin hampir tetapi skuad renang negara masih tidak mempunyai jurulatih dan jadual terperinci tahun ini.
"Kami juga masih tidak tahu mengenai penglibatan dalam kejohanan akan datang," kata Welson.
Walaupun masih menanti, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 berkenaan tetap berlatih seperti biasa menjelang Kejohanan Terbuka Malaysia, Mac depan.
"Kami akan menyertai Terbuka Malaysia di Bukit Jalil dan Kejohanan Renang Dunia di Guangzhou, China, Julai nanti selain Sukan SEA di Filipina.
"Ini merupakan salah satu cara untuk saya layak ke Sukan Olimpik," katanya lagi.