Perenang negara, Welson Sim, berharap jurulatih baru skuad kebangsaan yang bakal mengambil-alih tugas Paul Birmingham segera dipilih sebelum Februari depan.
Sebelum ini, Birmingham sudah berkhidmat selama 10 tahun di Malaysia tetapi meninggalkan skuad renang negara selepas berakhirnya Sukan Asia Indonesia tahun lalu.
Ketika ini, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah memberi senarai pengendali baru, sama ada jurulatih dari Poland, Bart Kizierowski, atau Chris Martin dari Amerika Syarikat.
Namun , Welson optimis dengan kredibiliti siapa juga calon pilihan ASUM bagi menggantikan Birmingham yang meninggalkan skuad negara September lalu.
"Saya percaya mereka akan membawa kejayaan kepada skuad Malaysia. Apa yang diharapkan adalah kami cepat dapat mempersiapkan diri kerana Sukan SEA sudah semakin hampir," katanya.
Sementara itu, Welson juga risau tentang prestasinya selepas beberapa bulan berlatih tanpa bimbingan selain tidak mempunyai jadual latihan yang rapi.
Dia bakal berdepan dengan Kejohanan Terbuka Malaysia, Mac nanti dan Kejohanan Dunia empat bulan kemudian sebelum menghadapi cabaran dalam Sukan SEA Filipina 2019 nanti.
"Ya, salah satu kejohanan akan melibatkan kelayakan ke Olimpik 2020. Jadi, saya juga perlu bersedia untuk Sukan SEA."