Juara pusingan kelayakan Malaysia, Todak, akan bergabung tenaga bersama SRG.OG untuk mewakili negara dalam misi mempertahankan Kejuaraan E-Sukan Dunia (WEC) IESF.
Saingan yang bermula 3 hingga 7 Disember depan dengan Malaysia bertindak sebagai tuan rumah menyaksikan skuad lelaki negara dibarisi enam pemain handalan iaitu Ealtond Rayner (Lolealz), Idreen Abdul Jamal (Momo), Zaed Zaharan daripada Todak sementara Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie) dan Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) daripada kem SRG.OG di bawah kendalian jurulatih, Arcadia serta Ozoraveki.
"Demi negara, mereka sedia beraksi bersama," kata Pengurus Pasukan MLBB Malaysia WEC IESF 2025, Danial Aizat atau disapa sebagai Abang Lord, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Navi MY mewakili kategori wanita dibarisi pemain utama, Qurratul Nizam (Shaa), Afrina Balqis Ibdhi Har Ali (Rina), Hanis Wahidah Mohamad Dashuki (Hanie), Nurul Effa Fauzana Fauzi (Fafau) dan Zulaikha Mohamed Shahar (Yuki) serta jurulatih, Muhammad Zaman (Aishh).
Skuad negara yang sama turut menjadi sandaran utama ke Sukan SEA di Thailand, cuma yang berbeza Muhammad Danish Fitri Razman (UNII) akan menggantikan Zaed, manakala pasukan wanita menambah seorang lagi pemain iaitu Sharifah Fakrrurozi (Aria) daripada Gaimin Gladiators.
Selain pengiktirafan sebagai tuan rumah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, berharap arena e-sukan negara yang kian berkembang mampu menghasilkan keputusan positif.
"Harapan kita untuk pertahankan kejuaraan baru.
"Menjadi tuan rumah juga satu pengiktirafan untuk Malaysia," katanya.