Skip to main content

Sukan Lain

Wan Zarif Ikram muncul juara Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia

whatsapp-image-2024-06-22-at-17-02-24.jpeg
Pemain boling remaja negara Wan Zarif Ikram muncul selaku juara Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia kali ke-22 apabila mengenepikan cabaran daripada bintang remaja Hong kong, Jovi Ma dalam aksi final petang tadi.

Kejohanan yang berlangsung di Sunway Megalanes itu menyaksikan Zarif yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan melakukan balingan cemerlang dengan mencatatkan 427 jatuhan pin keseluruhan untuk merangkul pingat emas, berbanding Jovi yang hanya mampu melakukan 385 jatuhan pin.,

Lebih menarik seorang lagi pemain negara Ethan Damien Goh turut cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ketiga untuk pingat gangsa.

Sementara itu pemain wanita tuan rumah, Ashley Victoria Lok menepati ramalan apabila mengenepikan dua pencabar terdekatnya Amily Hart dari Australia dan rakan senegara Hazel Tan Wei Ning untuk muncul selaku juara bagi kategori wanita edisi kali ini.

Pilihan pertama kejohanan melakukan 443 jatuhan pin untuk merangkul pingat emas, manakala Hazel perak dan Emily gangsa.



 

Advertisement

Must Watch Video