"Saya mahu menjadi pelari menara nombor satu dunia." Itu azam yang diluahkan pelari menara negara, Soh Wai Ching, dalam mengharungi cabaran tahun ini.
Wai Ching menyampaikan hasrat untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kariernya musim ini.
Pemuda berusia 25 tahun itu, yang menduduki tangga kelima dunia, meluahkan rasa kecewa kerana sehingga kini sukan yang disertainya itu tidak mendapat sokongan daripada program Majlis Sukan Negara (MSN).
"Saya tetap teruskan usaha ini kerana berasakan berpeluang untuk menjadi pelari menara nombor satu dunia.
"Saya sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan bagi membolehkan saya menyertai kejohanan di luar negara selain ingin memperbaiki ranking.
"Saya mahu menjadi seorang lagi atlet nombor satu dunia dari Malaysia," katanya.
Selain itu, Wai Ching sempat berkongsi kisahnya dalam mengharungi setiap perlumbaan adalah berbekalkan modal sendiri dan minat yang mendalam.
Dia berharap prestasi yang ditonjolkan dapat memperbaiki kedudukannya serta meletakkan harapan untuk sukan berkenaan terus mendapat sokongan dan perhatian daripada rakyat Malaysia.
"Selain menerima sokongan daripada beberapa penaja, wang kemenangan daripada kejohanan yang disertai saya gunakan untuk menampung kos perjalanan dan kejohanan," katanya.